Assalamualaikum
Aku da pos hadiah untuk Azatie, Leslie dengan Mama Syabil dan Rania hari ni. Lieynanilaz dengan Cik Ina terlepas bas sebab aku baru dapat detailnya hari ni. Sori yek.
Ni resepi untuk puding cream caramel instant yang aku pos kan tu.
Bahan-bahan
Sebungkus puding cream caramel powder
Satu tin susu cair - Aku biasa guna jenama IDEAL. tapi yang lain pun boleh.
2 tin air - sukat guna tin susu cair
Cara-cara
Kalau masak atas dapur
Masukkan susu cair dan air dalam periuk. Kemudian kacau puding cream caramel powder ke dalamnya. Pastinya jangan sampai bergumpal. Sentiasa kacau.
Masak dengan api kecil sampai keluar buble kecik-kecik. Lepas tu tutup api dan masukkan ke dalam bekas. 
Kalau masak dengan microwave
Masukkan susu cair dan air - Panaskan  selama 3 minit
Keluarkan. Lepas tu masukkan puding cream caramel powder. Gaul rata - Panaskan selama 2 1/2 minit.
Keluarkan dan masukkan ke dalam bekas.
Caramelnya dah tersedia. Boleh tuang bila-bila nak selepas puding masak.
Tambahan : Ramai yang dah tau, tapi just nak ingatkan je. Puding ni sedap dimakan ketika sejuk. :D
Selamat mencuba ya.
Harap-harap janganlah ada yang tak jadi.
Puding cream caramel serbuk ni harganya cuma RM7.00 bagi satu 
set. Dapat sekali dengan gula caramel yang pekat dan sangat wangi. Cuma 
tinggal campurkan dengan satu tin susu cair atau susu segar.
Bagi yang berminat nak mencuba boleh hubungi kesoma.rai@gmail.com untuk pesanan. 
Daa
 
nampak mudah je nak watnya hehe hakikatnya untuk syuk yang takde ilmu langsung bab2 gini memang akan fail gamaknya hhehe..takpe pelan2 belajar
BalasPadamrai mudahnya, tak sabar plak nak cuba. cik ina tunggu puding caramel tu.keh keh keh
BalasPadamPudding caramel my fav!
BalasPadamsiap buat resepi ni..tentu sedap..tapi bro tak minat puding
BalasPadamalamak dah terlepas bas yerr....takpe2 akan ku tunggu...kihkih...x sabar nak try...:)
BalasPadamkat mana nak beli yg instant ni?
BalasPadam