Khamis

Goal Setting : Bagaimana merancang untuk mencapai impian atau matlamat

Assalamualaikum

Aku selalu menekankan pasal pentingnya hidup kita mempunyai matlamat dan impian. Bagi aku kalau tak ada impian, tak ada matlamat, kita akan jadi macam daun yang gugur dari pokok. Melayang-layang takde arah tujuan. Ikutlah angin nak tiup pergi mana. Bila dah ada matlamat, dah ada impian, jangan pulak lupa pasal perlaksanaannya. Kalau tidak apa yang kita impikan tu tak lebih dari sekadar angan-angan yang tak ada makna.



Nak mencapai impian, perancangan tu penting. Bila kita gagal nak merancang. Bermaksud, kita merancang untuk gagal. Alah, biasalah tu. Mana-mana pakar motivasi pun akan cakap macam tu. Aku cedok je kata-kata diorang. Hehehe.. So macam mana nak merancang matlamat kita.

Yang pertama sekali kena ada matlamat jangka panjang. Matlamat mestilah jelas. Contohnya, nak ada duit RM1 juta sebagai simpanan sebelum tahun 2020. Atau pun nak turunkan berat badan sebanyak 10kg sebelum hujung tahun depan. Matlamat kita tak semestinya logik. Tapi biarlah berpadanan dengan keupayaan kita. Ini penting sebab kita nak kena merancang macam mana nak capai apa yang kita impikan.

Kemudian, tetapkan satu matlamat jangka masa pendek. Ini adalah untuk memastikan kita berada dalam track yang betul. Matlamat jangka pendek boleh ditetapkan ikut jangka masa yang sesuai. Contohnya 2-3 bulan sekali, atau setahun sekali. Jangan lama sangat takut kita hilang fokus sebelum matlamat jangka panjang dapat dicapai. Kalau nak RM1juta sebelum 2020. Bahagikan matlamat jangka pendek kepada beberapa bahagian. Contohnya sekarang tahun 2011. Lebih kurang 9 tahun lagi. So, kalau nak buat jangka pendek, cuba dengan setahun dulu. Katakan kita tetapkan nak simpan sekurang-kurangnya RM100k dalam masa setahun. Bila dah dapat capai dan rasa selesa, mungkin boleh buat matlamat jangka pendek 3 tahun sekali atau 5 tahun sekali. Yang penting, jangan hilang fokus. Review pencapaian dari masa ke semasa.

Seterusnya adalah  perancangan tentang apa yang kita nak lakukan untuk capai impian/matlamat kita. Sekali lagi kita gunakan matlamat RM1juta sebagai contoh. Senaraikan apa yang boleh kita lakukan dan apa yang akan kita lakukan untuk simpan RM100k dalam masa setahun. Dalam proses ni kita kenalah realistik. Jangan nak mengada-ngada rancang apa yang kita tak mampu lakukan. Kalau nak berniaga kena buat perancangan yang rapi. Perancangan mestilah secara terperinci apa yang kita nak lakukan dan bagaimana kita nak laksanakan.

Langkah terakhir dan aku kira paling penting adalah perlaksanaan. Kalau rancangan baekkk punya tapi tak laksanakan pun takde makna jugak kan. So bila dah rancang. Make sure kita stick to the plan. Jangan hilang fokus. Bila sampai masa nak review, muhasabah diri, kenapa kita tak dapat capai target dan dari masa ke semasa kena perbaiki plan kita.



So macam mana? Dah ready nak mencapai impian?

Nota kaki : Kalau matlamat tak logik, bersedia untuk lakukan perkara tak logik untuk capai impian. Ingat, Don't hope for miracle if we are not willing to do something miracle.

Bak kata orang, without goal, you are just dreaming. Nak ada matlamat atau impian tak perlukan duit sebab bila ada matlamat, ada impian, kita akan cari duit untuk capai semuanya. Last sekali, kadang-kadang kita tak dapat nak capai impian kita dalam tempoh yang ditetapkan, tapi jangan putus asa. Yang penting adalah kita cross the line dan proses yang kita lalui adalah pengalaman paling berharga dalam hidup kita.

Daa

20 ulasan:

  1. yay!
    dah ready bak pi cri keje lagi smp dpt =]

    BalasPadam
  2. @aimie amalina, hehe..go go.. insya allah..dengan usaha..

    BalasPadam
  3. saya setuju dengan entri ni.. perlunya setiap insan ada cita2 dan sasaran utk ditujui.. dan semua itu perlukan perncangan yang rapi.

    Kalau tak, jadilah kita orang yg langsung tak bermatlamat utk maju..

    Thanx sharing

    BalasPadam
  4. nice entry. menambahkan lagi pemahaman saya mengenai matlamat jangka panjang dan pendek.

    BalasPadam
  5. selalu buat goal nak kuruss...tp gagal kawal nafsu makan huhu =(

    BalasPadam
  6. Bila dah set matlamat pasti akan ada halangan dan rintangan, perlu kuat semangat untuk capai matlamat tu kan. Kalau lemah semangat tak kan kemana

    BalasPadam
  7. @mummY daniSha, biasanya gagal sebab azam tak cukup kuat dan tak fokus..hehehe..

    BalasPadam
  8. @Anamarza, betul! setuju sangat..biasanya lebih ramai suka kita tak ke mana mana dari capai impian kita..

    BalasPadam
  9. perangsang yg bagus ni, pcl dah merancang pelbagai , setiap 5 thn mesti ada perubahan dlm idup /kerjaya kami...jangka masa pendek selalunya tak jadi...at least kita ada merancang untuk perubahan ke arah yg baik2 dlm organisasi keluarga.

    BalasPadam
  10. @p@kciklie [PCL], setuju.. berjaya atau tidak adalah perkara kedua..the whole process tu yg penting..kalau gagal kena review balik apa yg kita dah buat..

    BalasPadam
  11. Mekasih..matlamat abah skrg ada untuk membuka sebuah restoran mee kuah..doakan abah berjaya..abah cuba capaikan impian abah tu..minta semua doakan

    BalasPadam
  12. saya ada matlamat..tapi apesal ntah tak bergerak2 lagi ke arah tu...huhu...azam tak cukup kuat...

    BalasPadam
  13. @abah khalisha, insya allah.. dengan perancangan yg teliti dan rapi abah akan berjaya.. good luck..

    BalasPadam
  14. @wahida, biasanya ada 2 kemungkinan..sama ada azam tak cukup kuat atau tak buat perancangan macam mana nak laksanakan.. :)

    BalasPadam
  15. Terima kasih kerana berkongsi maklumat... kadang-kadang bila tak capai tu rase down sgt.. yang penting jangan berputus asa....

    http://shazrilakmal.com/

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^