Rabu

Kisah kena main dengan apek

Assalamualaikum

Mulanya aku nak buat tajuk letak "bangsa" tapi macam racist sangat pulak bunyinya. So aku letak la kena main dengan apek. Rasa-rasa korang penah kena main tak?

Actually semalam aku dengan shujin pegi menyinggah kat Tropicana Village yang kat Damansara tu. Konon nak survey LEGO untuk Aqil punya birthday gift. Kebetulan kitorang tak pernah ke situ. Yang tak best pasal shopping mall ni adalah escalator duk jauh antara satu sama lain. Lepas naik setingkat kena jalan pulak nak cari escalator naik tingkat satu lagi. Aku dah la puasa. Macam nak pengsan sebab kena dukung Atiqah. Budak kecik tu tak boleh jumpa escalator. Dia eksaited nak naik. Geram je aku.

Kitorang pegi kat ToyRus kat tingkat atas sekali. Masuk dalam tu budak berdua tu terus tak terkawal. Yang Aqil sibuk nak duduk mengadap computer game. Tak pandang dah benda lain. Like father like son betul..Si Atiqah lari sana sini punggah toys. Jumpa mainan yang keluar bunyi je mesti nak tekan lepas tu golek golek bontot. Marah aku. Hehehe..

Lenguh kaki aku mengejar budak berdua tu. Nasib baik ToyRus kat situ tak besar sangat. Lepas tu, on the way nak turun ke car park tu terjumpa pet shop. Terjingkit-jingkit Atiqah kat pagar arnab tu. Aku suruh pegi tengok kucing takut pulak. Dah la siap jerit-jerit lagi. Wat malu je. Hehehe..

Sementara tu pulak shujin pegi tengok kedai jual accessories game kat tepi tu. Dia dah lama cari button PSP dia. Button PSP tu dah terkoyak sebab Aqil celup PSP tu masuk dalam air soya. Lepas tu getahnya jadi keras dan koyak. Kalau beli online murah je (less than 20USD) kalau tak silap aku. Dapat sekali dengan casing baru. Kalau button semata-mata tak sampai 5USD. Masalahnya diorang takde buat delivery ke Malaysia.

So far banyak kedai dah shujin pegi tanya pasal button PSP tu. Mostly takde jual. Kalau ada pun diorang nak pasangkan. Kononnya susah nak buat benda tu kalau takde kepakaran. Silap-silap boleh rosak cip. Sedangkan button tu takde kena mengena langsung dengan cip. Nak bukak pasang pun senang je. Asalkan ada screw driver. Shujin memang biasa bukak untuk lap-lap sendiri bahagian dalam tu. Maklumlah, bujang dia suka celup PSP tu masuk dalam air.

Apek kedai yang shujin tanya semalam pun kata macam tu. Dia kata PSP tu kena bawak pegi hantar ke technician dia untuk pasang. Kalau pasang tak boleh jugak, mungkin cip rosak. Kena tukar cip. Dia nak cas RM200++. Gila punya cekik darah. Nasib baik shujin ada pengetahuan am pasal benda-benda tu. Kalau tak memang dah kena tipu dah. Peniaga ni memang suka betul ambik kesempatan pada pelanggan kan. Dia ingat semua pelanggan ni bodoh kot senang-senang dia nak tipu.

Sian shujin, sampai sekarang susah nak main PSP sebab button "o" tu dah koyak. Kadang-kadang bila tekan tak detect.

Nota kaki : Seronok tengok Aqil suap roti kat adik dia. Siap cubitkan kecik kecik supaya adik mudah nak makan. Sayangnya hs shujin abis bateri tak dapat nak tangkap gambar tu. Hs aku cikai je. Takde kamera pon..

Daa

14 ulasan:

  1. shujin ko mesti sama hobi ngan cik abg aku..sekarang dia ada kawan la sbb bujang aku sama naik cam bapak dia jugak..aku je layan novel smbil baring atas tilam:-)

    BalasPadam
  2. @HappyIrfa, orang lelaki.. kalau tak gila kereta, gila game.. asal jangan gila pompuan udah.. hehehe..aku pun suka jugak game.. tapi da ada anak ni kurang sikit la..

    BalasPadam
  3. peniaga mmg suka ambk kesempatan

    BalasPadam
  4. betul tu bak kata suami cik ina yang gila meancing tu "jangan gila permpuan udah. apek ni suka nak bodoh-bodohkan orang, biarpun kekadang kita tak de pengetahuan dalam sesuatu benda jangan sesekali percaya bulat-bulat. baik kita pergi selidik dulu.suami ngan anak cik ina pun gila main game tapi cik ina tak suka.

    BalasPadam
  5. @Cik Ina Do Do Cheng, betul cik ina..saya serik dah aritu kena tipu dengan jenis2 gores dan menang..sejak tu mmg berhati2 je..

    saya suka jugak main kalau jenis game yg comel2..hehehe..

    BalasPadam
  6. @abah khalisha, kalau nak beli baru tu mahal jugak tu.. rasanya harga PSP baru skang ni dalam rm700++..lagi pun PSP yg baru ni tak sebest yang versi lama.. dari segi compatibility nak main game download yg free tu cam payah sikit..

    BalasPadam
  7. biasa cina memang camtu..ayat lebih..harga pn lebih..

    rai..thank 4 info diet..hehe

    BalasPadam
  8. wah bayaran apek sgt manyak kan huhu..pandai apek meniaga yer ;p

    alor tak de batery kalau tak moment yang boleh di kenang tu :)

    folo kamu rai..eppy blogging ya!

    BalasPadam
  9. salam ...penjual cina skg ni mmg mcm tu kalau nak letak harga patut2la ikut suka dia jer...:)

    BalasPadam
  10. @~iz~, biasala..bangsa diorang mmg pandai meniaga kan.. hehe..

    BalasPadam
  11. @PinKy MoMMa,tu la..sayang betul moment mcm tu..

    thanks. happy blogging juga~

    BalasPadam
  12. @maszull, penjual melayu pun ada jugak..tapi melayu tak pandai sangat menipu..hehe..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^