Isnin

kerjalah dengan kerajaan... walaupun gaji tak seberapa, tapi untungnya dihari tua nnt

Assalamualaikum

Aku ambik statement ni dari komen kat entry AbahKhalisha. Harap abah tak marah.. :)

Kerjalah dengan kerajaan, walau pun gaji tak seberapa untungnya di hari tua
kerja kerajaan mnjamin mase dpn.. :)
kerajaan walaupun gj kecik tp banyak manfaat di masa hadapan...

Aku bukan nak hina orang yang kerja kerajaan, tapi kalau ada orang yang kerja dengan kerajaan dengan alasan macam ni memang aku rasa kesian sangat.

Ya. Ikut suka lah ko nak kerja dengan siapa pun kan. Tapi mentaliti macam ni adalah satu penyakit bagi aku. Penyakit macam dah takde ubat.

Biar gaji tak seberapa? Apa tujuan kerja kalau gaji tak seberapa. Bukan nak berlumba-lumba nak gaji banyak. Tapi berlumba nak gaji tak seberapa sebab kononnya hari tua nanti untung.

Untung apa? Pencen? Bukan ke pencen tu biasanya dapat kurang dari gaji terakhir. So kalau sekarang pun dah tak seberapa.. Apa lagi bila dah pencen? Apa ingat dah pencen tak payah makan nasik ke? Dah pencen, dah tua. Lagi banyak sakit. Lagi tinggi kos sara hidup.

Kalau ada yang masih berfikiran nak kerja kerajaan sebab nakkan pencen tu eloklah difikirkan semula niat kat hati tu.

Manfaat lain adalah seperti senang nak buat pinjaman. Kerajaan memang suka dengan orang yang suka memperkasakan budaya meminjam ni.

Mungkin komen aku bias sebab aku memang tak pernah suka dengan idea "kerja dengan kerajaan sebab ada pencen"

Jangan lupa. Walau pun kerja makan gaji, tapi kita sebenarnya berniaga. Kita menjual usia kita pada majikan. Menjual masa kita. Adakah kita sanggup jual usia kita dengan harga yang "tak seberapa" atau "keuntungan di hari tua" yang belum pasti kebaikannya..

Apa ingat kalau tak kerja kerajaan hari tua tak boleh untung ke?
Kalau tak kerja kerajaan tak boleh dapat pencen ke?
Apa ingat takde manfaat kalau tak kerja kerajaan?

Nota kaki : Pandai pandai lah menilai.. Jangan bagi komen yang nampak macam ...cakap kang ada yang hangat.. hehehe..

Daa

37 ulasan:

  1. cian ngan abah khalisa. kah kah kesian sangat ngan statement tu keja gomen je ke boleh menjamin masa depan. malas nak komen lebih-lebih nanti ada yang terbakar.

    BalasPadam
  2. Sekarang jugak aku resign! HAHAHAHA!

    Oh boleh buat loan selalu! Biar bergolok bergadai janji hidup ngetop! Yeah!

    BalasPadam
  3. @Cik Ina Do Do Cheng, hahaha..saya pun berani2 takut je buat entry ni..nanti ada yg marah.. hehe..

    BalasPadam
  4. @Cik Puan Bunga, hahaha..ala jangan la..ko ingat senang nak cari cikgu yg berwibawa zaman ni.. biasa la weh..biar makan megi lepas raya..asal pakai sofa baru.. hihikk..

    BalasPadam
  5. ahaha.. semua komen2 diatas lucu.. komen lebih2 kang ada terasa kan? :-D

    klu nak hidup sng keja la gomen.. nak hidup mewah keja la ngn swasta :-D

    BalasPadam
  6. takmo komen...hoho..kang ada yg sentap...walau aku ni staff gomen tapi aku tidaklah mengagung-agungkan statement tuh...

    BalasPadam
  7. @YNA, betul..tapi tak semua mcm tu..ada yg kerja gomen..tapi kerja teruk..kerja swasta gaji tak seberapa..

    BalasPadam
  8. mmg betul byk kelebihannya...rugi rasanya tak apply dulu...

    bonus tiap2 tahun dapat tu yg bestnya...

    BalasPadam
  9. @lieynanilaz, sebenarnya tak kisah kerja kat mana sekali pun.. asalkan halal..tapi bila dah diniatkan macam tu aku rasa macam tak betul pulak..

    BalasPadam
  10. bukan takat kerja gomen dapat pencen.. ada orang kata keje gomen ni 'pemalas' kerja ala kadar, akhir bulan dapat gaji, keje swasta sapa pemalas dibuang keje.. so kjaan membitarakan budaya pemalas la? ++ cuba chek membitara ada makna tak kat kamus dewan, ... tu slogan tu, kesian orang yang nak MBMMBI tapi x kene tempat.. isshhh

    BalasPadam
  11. @Qhaifa Nur, apa lagi kelebihan kerja kerajaan selain dari tu?

    BalasPadam
  12. @aimaniman, saya rasa mungkin ada yg kerja gomen ni kerja ala kadar sbb kebarangkalian nak kena buang kerja almost tak ada.. tapi tak semua yg mcm tu.. ada jugak yg kena kerja teruk teruk.. alamak..membitarakan tu apa? MBMMBI tu apa pulak maksudnya.. adeii..hehe..

    BalasPadam
  13. aku tak minat keje kerajaan sebab aku jenis yg suka kerja bz...penh gi kat tempat keje member aku kat shah alam,dia keje gomen..huhuhu..seronoknya diorang bekerja sebab rilek je

    BalasPadam
  14. @Ila, aku keja swasta..tapi keja aku pun bukan teruk sangat pun.. cuma kerja tu kena la siap ikut dateline..takde la sampai tak buat kerja..hehe..tapi kadang2 aku tak paham niat diorg ni..nak keja ke nak rilek sebenarnya? duit nak kerja taknak ke maksudnya? huuu.. tak bleh tak bleh komen lelebih ..nanti ada yg marah..hehehe..

    BalasPadam
  15. hahaha..tk marah pun..okeylah juga ada yang sudi membincangkan isu tu lagi..hehehe

    BalasPadam
  16. @abah khalisha, baru hari ni dapat baca entry abah..last week tak boleh nak access blogspot..huhu..

    BalasPadam
  17. lg pun abah skrg ni mmg keje private sj je kemukakan statment Kerja Kerajaan or Private lagi best?

    BalasPadam
  18. @abah khalisha, hehe..saya pun saje je gatal nak bagi komen (padahal takde idea nak buat entry..hihihi)

    actually tak kisah pun nak pilih kerja kerajaan ke swasta ke.. ada kelebihan dan kekurangan masing2.. tapi saya mmg tak setuju dengan statement yg mcm tu..

    BalasPadam
  19. tu statement mak bapak dulu2 la, sekarang ni tak kira keje gomen ke swasta ke klau pandai urus kan duit yg ada InsyaAllah boleh senang di hari tua

    BalasPadam
  20. bro janji kerja tu halal dah..tak kira swasta ke kerajaan hmm

    BalasPadam
  21. salam, sy keja gomen gak..tp tak kesah apa org ckp ttg keja gomen terjamin ke tak?..tu semua atas diri kita sbg pekerja..buat ikhlas gaji berkat..kat mana pon lbh krg je.

    BalasPadam
  22. sy keje swasta..berfikir-berfikir nak keje kerajaan ke tidak..gaji rendah..
    kalau nak buat perubahan dalam hidup mesti ke arah yang lebih baik kan..
    rasanya tak sanggup lagi nak keje kerajaan setakat nie ..utk hari tua kita pakat simpan dari sekarang..KWSP pun ade..caruman majikan pun banyak..hihi...

    BalasPadam
  23. @Anamarza, betul tu.. pucuk pangkalnya adalah pengurusan..

    BalasPadam
  24. @Bro ahmad, saya ada additional sikit bro..janji gaji banyak..hahaha..

    BalasPadam
  25. @PCL, keja gomen memang terjamin..gomen tak bengkrap.. jarang buang pekerja suka2..paling2 pun kena tukar department..

    BalasPadam
  26. @YAYA AZURA, insya allah.. masa dah pencen tu pun kena pandai2 spend duit kwsp tu..pakcik saya baru keluar duit.. habiskan buat renovate rumah..sadis dowh..

    BalasPadam
  27. buat saat dan ketika ini mmg rasa nk keje kerajaan...sbb nk benefit g spital gomen...huhu

    tp kalo dpt offer keje private kt company2 gergasi....keje kajaan tolak tepi lah...hehehe

    BalasPadam
  28. @Aku Ibu Muda, kitorg yg keja private rasa cam anak tiri pegi hospital gomen..hehehehe..tapi takde la kena bayar mahal..ok la jugak dengan service diorg pun makin ok skang ni..

    BalasPadam
  29. @Rai

    mujur tak mahal mana, sy cuma terkena bil hampir 500 masa lahirkan anak sulung...tu yg terkedu. tak bersedia utk bayaran sebanyak itu.

    BalasPadam
  30. @Aku Ibu Muda, tu la..kalau org gomen free je kan..untung la.. masa anak sulung dulu kitorg emergency case..bersalin kat umra.. czer pulak tu..pepaham la kosnya..so syukur gak bila anak no 2 tu lahir kat hospital gomen.. hehehe..

    BalasPadam
  31. sume org dikaburkan dgn benefit yg kerajaan bagi jek... tp pada aku, aku lebih pentingkan kepuasan dlm bekerja pastu baru fikir gaji... dlm masa yg sama, belajar selok belok utk survive dlm bidang swasta... bila kerja kerajaan, ko bagus camne sekalipun ko tetap jadi org bawahan sbb ada faktor senioriti dan ada org yg lebih tua patut diberi peluang utk naik pangkat... tak macam swasta... ko kerja bagus, ko dpt pangkat & gaji bagus... baru puas hati...

    BalasPadam
  32. @Norhisham Nordin survival penting dalam syarikat swasta.. tapi kadang2 depends jugak..ada bos yang makan kipas..kerja kerajaan kalau kita muda lepas tu pangkat tinggi confirm banyak keputusan kita kena kutuk sbb dikatakan setahun jagung..tapi tu lah..sebenarnya kerja kat mana2 pun ada cabaran masing2..

    cuma aku tak boleh nak setuju yg kerja kerajaan lebih baik dari kerja swasta..atau lebih banyak benefit berbanding kerja swasta.. vice versa..sbb masing2 ada value yg tersendiri..

    apa pun bagi aku kerja makan gaji ni cuma sementara..aku tak harap aku akan kerja makan gaji sampai aku pencen..huhu..

    BalasPadam
  33. betul..betul..kerja yg xde pencen patut menyimpan..faedahnya sama..boleh digunakan semasa dh x berkerja lagi..

    BalasPadam
  34. saya kerja banyak la jugak. ngan kerajaan .. nak kata gaji sikit banyak la jugak (kata mak ayah saya la..) mak ayah saya sama la ngan statement ayah khalis tu.. saya setuju dgn mentaliti kebanyakan org yang comment kat atas...dan bagi saya kerja kerajaan ni dah macam robot dan kalau tak pandai ampu tempat kerja akan jadi tempat yang paling worst dalam dunia huhu..jadi fikir2kan lah .seeloknya kita sematkan denag jitu yang rezeki milik allah kerja tak dengan kerajaan pun kalau ikhlas Allah akan tetapkan rezeki kita amin

    BalasPadam
  35. Saya pn kerja dgn kerajaan. Dah mule bosan dgn kje di kerjaan ni. Kebanyakn staf x komited dlm menjlnkn tugas. Stress kje skrg. Sedang mencari peluang kje lain. Insyaa Allah ade rzki akn berhenti drp kerja kerajaan ni.

    BalasPadam
  36. Sy dah berenti kerja dr swasta setelah dpt tawaran dr kerajaan..rasa2 relevan lg x kerja kat kerajaan skrg ni sbb ekonomi kat luar makin mncabar..sy kat swasta pengalamn dah 7 thun gaji dlm 3.5k...baru2 ni dpt gomen gaji basic 1.6k jer. last2 sy resign masuk gomen..ada family bantah ada yg sokong..sy pn jd bingung last2 masuk gomen sbb sy prempaun lau agak2 ssh lakilah yg lebih pening kan...hahah..sy bekerja tuk membntu jer...hahah komen wat sedap hati

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^