Assalamualaikum
Aku takde niat nak kutuk sesiapa. Ni sekadar pandangan aku. Jangan ada yang terasa ke apa. Macam selalu selalu pun aku cakap. Apa yang aku tulis tak semestinya betul. Setiap orang ada pandangan berbeza.
Kadang-kadang aku tengok topik pasal nak jadi kaya macam taboo dalam masyarakat kita. Aku sendiri kadang kadang cuak nak tulis entry yang ada kena mengena dengan duit. Nanti orang kata kita mata duitan lah, asyik fikir dunia je lah. Macam-macam "orang" akan kata. Antara statement yang aku tak boleh blah adalah "Ala kaya pun tak semestinya bahagia".
First of all, jom kita renung-renungkan balik. Kalau tengok rancangan Bersamamu kat TV3 tu, ada tak nampak orang miskin bahagia. Mungkin ada yang kata eh tapi kat kampung aku ada je. Miskin tapi bahagia apa. Anak-anak dia semuanya berjaya. Yeap. Miskin memang boleh bahagia. Tapi kita tau macam mana susahnya hati mak bapak yang memikirkan macam mana nak cari duit nak sekolahkan anak-anak, makan kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Anak-anak mintak nak baju baru nak belikan pun pikir tujuh lapan kali. Nak bagi anak-anak makan sedap-sedap pun nak pikir banyak kali.
Bahagia ke camtu?
"Kalau kaya pun tak bahagia nak buat apa". Sama macam orang miskin ada yang bahagia, orang kaya pun ada yang bahagia. Wang ringgit bukan lesen atau syarat untuk dapatkan kebahagiaan. Tapi dengan wang ringgit, kita boleh jalani hidup dengan lebih baik..Boleh bantu orang lain hidup dengan lebih baik. Dengan cara kita bersedekah, bayar zakat. Tak payah buat pinjaman PTPTN.
Mungkin ada yang kata Islam suruh kita sederhana dalam segala segi. Kalau ada yang terdetik macam tu. Cuba baca Konsep kederhanaan yang dianjurkan oleh Islam
Fahami dan teliti semula kat mana kita perlu bersederhana.
Kita hidup kat dunia ni cuma sekali. Kalau boleh biarlah kita hidup dengan sepenuh hati. Bak kata omputeh live life to the fullest. Jangan sampai ada kesalan di kemudian hari. Jangan bila dah tua nanti kita kata "kalau lah dulu aku..."
Nak jadi kaya, cari sebab, cari jalan. Bukan cari alasan.
Nota kaki : Adalah takdir kalau kita dilahirkan menjadi miskin, tapi kita yang pilih untuk mati sebagai orang yang kaya atau miskin.
Nota kaki : Aku mata duitan, tapi aku bukan materialistik..
Daa

wang tu sekadar pelengkap je. Ada yang kaya tapi tak bahagia sebab kurang kasih sayang.duit , kasih sayang saling memerlukan antara satu sama lain. cik ina tak kaya, sederhana je, syukur cukup makan pakai dan Insyallah bahagia ngan anak -anak dan suami.
BalasPadam@Cik Ina Do Do Cheng, sebenarnya saya suka hidup yg sederhana..saya tak gila shopping..malah mekap pun tidak..beg pegi kerja pun pakai tote beg free je..kasut tu la satu pakai la baju apa pun..kasut tu la saya pakai..
BalasPadamcuma saya mata duitan sbb saya nak bila anak2 da mula sekolah saya boleh hantar dan ambik diorg dari sekolah..tak perlu buat pinjaman bila anak2 nak teruskan pelajaran..
saya rasa ramai org missing a point bila diorg jadi kaya..diorg makin sibuk..anak2 makin terabai.. saya taknak..saya nak kaya dan tumpukan perhatian pada family..
tapi saya syukur juga..walau pun sekarang saya tak mewah..tapi makan pakai cukup..
Makin besar periuk makin besar juga keraknya...Kita mmg bukan hidup kerana duit tapi kita kena ada duit untuk hidup zaman skrg ni..adehhh
BalasPadamSiapa Nak Pahala Percuma
KAYA Harta...takutnya jadi kaya...biarlah aku hidup dalam kesederhanaan, kerana kaya itu boleh membawa aku kelalaian...biarlah orang lain berlumba2 mencarinya, aku bahagia dengan bersederhana...cuma yang apa yang kita harapkan adalah kaya yang boleh mendekatkan lagi diri kepada Allah bukan sebaliknya.
BalasPadam@abah khalisha, zaman sekarang pakai periuk non stick la.. mana ada kerak dah..hehehe..
BalasPadam@pCL [p@kcikLie], saya rasa ini kesilapan umat islam zaman sekarang..islam memang suruh kita hidup sederhana..tapi carilah sunnah rasulullah dan firman Allah..semua suruh kita cari kekayaan..sebab tu Allah kata, beribadatlah kamu seolah olah kamu akan mati esok hari, bekerjalah seolah olah kamu akan hidup selamanya..
BalasPadamtapi jadilah org kaya yg hidupnya sederhana..sebab dengan kekayaan lebih banyak pahala kita boleh buat..contohi lah abdul rahman bin auf..seluruh harta kekayaannya diinfakkan ke jalan Allah..jgn jadi mcm qarun..
i'm mata duitan too. *high five sikit*
BalasPadam@yatie chomeyl hehehe... * high five~
BalasPadammau jadi kaya jugak...
BalasPadamkaya duit, kaya harta, kaya anak, kaya budi bahasa, pendekata.. kayalah!! (mode tamak! ;p)
@Mama Syabil dan Rania, insya allah..yang penting..usaha..
BalasPadam