Selasa

Iklan Nuffnang kat blog Halal ke Haram

Assalamualaikum



Aku ada tepek iklan Nuffnang kat blog aku. Agak lama sebelum aku terfikir pasal isu halal haram iklan Nuffnang ni. Itu pun setelah aku terbaca blog Tini pasal dia remove iklan dia. Mulanya aku bersetuju jugak income Nuffnang haram sebab diorang ada iklan rokok dan arak. Tapi setelah difikirkan semula aku rasa duit janaan dari Nuffnang tu tak haram. Kenapa tidak?

Macam ni. Kita dapat income dari Nuffnang bila dapat BE kan. Selagi tak lekat BE selagi tu takde income. So income tu adalah datang dari syarikat yang menaja iklan kat blog tu lah. Bukan dari Nuffnang. Sefahaman aku, Nuffnang cuma menguruskan earning kita berdasarkan iklan yang tertayang dan diambil dari duit yang dibayar oleh pengiklan (syarikat penaja). Maksudnya, as long as kita tak pilih untuk iklankan arak dan rokok. Hasil pendapatan takkan bercampur dengan hasil kutipan iklan dari syarikat arak atau rokok.

Oleh kerana itu, waktu buat survey Nuffnang kita boleh pilih untuk tak iklankan kedua dua produk haram tu. Dan lagi, jangan sekali kali buat kempen ai kelik iklan yu, yu tolong kelik iklan ai ya~ Tolong menolong katanya. Sedangkan semua tu adalah Haram.

Walau bagaimana pun, terpulang pada individu. Selain dari Nuffnang ada banyak lagi syarikat pengiklanan yang lain yang tak kurang hebatnya. Contohnya Heartbeat. Kalau blog trafik bagus boleh offer tempat iklan untuk peniaga online. Cas bulanan. Ada kalanya yang macam ni lebih menguntungkan sebab kalau ada pengiklan memang confirm dapat duit bulanan. Atau pun boleh letak iklan affiliates macam iklan LittleWhiz. Setiap transaction diorang bagi komisyen.

Pendek kata, kalau rajin dan banyak trafik tak jadi masalah nak jana duit. Yang penting kena pandai-pandai dan rajin sikit.


Katakan Tidak untuk Arak dan Rokok
Nota kaki : Kalau ada yang mempunyai pendapat yang bernas meh la share.

Daa

12 ulasan:

  1. @mizzkechique, ramai yg tak guna nuffnang sebenarnya.. ramai yg rasa nuffnang pilih kasih..tapi tatau la..saya berblogging suka2..utk blogger mcm saya income nuffnang tak seberapa..hehe

    BalasPadam
  2. Ya betul tu abah setuju..kalau ikut kan Bank semua tu interest itu ini, pelaburan FOREX tu..pastu ASB tu..lagi..lagi..banyak lah..cmner kira tu ye..
    Turun lambat naik cepat

    BalasPadam
  3. @abah khalisha, setahu saya pelaburan FOREX tu halal kalau kita buat sendiri..kalau guna ejen biasanya kena tengok mcm mana.. sbb setahu saya sesetengah pelaburan forex diorg bagi fixed profit..dan fixed profit ni adalah haram menurut islam..

    kalau ASB pulak..saya rasa baik tak payah la..kalau tak haram pun tak payah..sebab interest sikit sangat..better study mutual fund.. utk long term lebih berbaloi baloi..

    BalasPadam
  4. betul tu selagi tak pilih iklan2 yg tak sepatutnya... tak pasti tentang nuff pilih kasih huhu apapun blog no 1 nuff no 2 baru syok berbelog..

    p/s: terima kasih byk2...hugs!

    BalasPadam
  5. betul juga apa yg rai ckp..

    tp tini sendiri masih ragu2 sbb xde hujah mengatakan ianya halal-haram. jadi kalau was-was, elok tinggalkan.

    sbb tini rasa selagi ramai menyokong Nuffnang, selagi tu lah kita dapat tgk iklan2 arak kt blog2 sape2, iklan syampu tp gambar perempuan x tutup aurat... semua tu antara yg tini ragukan.

    heee just pendapat tini..

    BalasPadam
  6. @Hanis MY, betul tu..bila fokus pada duit sangat nanti rasa macam hilang seri nak buat entry.. haha..

    BalasPadam
  7. @Nini Hartini, kalau was was lebih baik tinggalkan..kadang2 benda mcm ni masalahnya adalah macam kes melabur dalam ASB..ada ulamak kata haram..ada pulak kata harus..hujah dan pendapat masing2 berbeza..bila jadi mcm tu kita kena dengar kata hati kita..

    harap2 ramai yg join nuffnang pilih utk tak iklankan arak dan rokok..so diorg pun takde ruang nak beriklan..hehe..

    BalasPadam
  8. mmg betul... kita sendiri boleh pilih utk tidak siarkan iklan rokok & alkohol... so pada aku takde masalah...

    BalasPadam
  9. @Norhisham Nordin, bagus jugak nuffnang letak option tu kan.. sekurang-kurangnya dia consider perasaan umat islam.. hehe..

    BalasPadam
  10. tak ader haramnya..kalau semua haram mti orang islam...kekekek

    BalasPadam
  11. senang je rai kalau rasa ragu-ragu jangan bubuh, cik ina malas nak fikir Insyallah tak de apa-apa.

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^