Jumaat

Ucapan Selamat Hari Raya

Assalamualaikum

Ni mungkin posting terakhir aku sebelum Syawal. Tengah malam ni atau esok pagi aku bertolak balik kampung mak aku kat Kulai, Johor. So kat kampung nanti kemungkinan besar aku memang takde update blog ni. Lepas raya baru aku kembali bersiaran.

Buat semua pembaca dan kawan-kawan blogger, aku mintak maaf kalau ada penulisan aku yang menyinggung perasaan atau menyakitkan hati sesiapa. Kalau ada yang rasa penggunaan "aku" dalam penulisan aku ni kasar sangat, minta maaf banyak-banyak. Aku memang begini. Hehehe..

Bagi yang nak pulang ke kampung hati-hati bawak kereta. Kunci rumah betul-betul. Kalau ada alarm, periksa dan pastikan alarm berfungsi dengan baik. Kalau takde alarm dan nak buat pesanan boleh koling koling aku. Aku datang pasang. Hahaha. Jangan lupa pastikan kenderaan yang diguna dalam keadaan baik. Barang-barang jangan ada yang tertinggal. Kuih raya, kasut raya, baju raya. Jangan dah sampai kampung baru menangis tak berlagu.

Kalau ada sesiapa yang beraya kat Johor nak datang singgah beraya rumah mak aku dipersilakan. Akak aku tengah bertungkus lumus buat kuih raya tu. Jom kita perabis kuih dia pulak. Sebab kuih raya yang aku buat memang da lama abis.

Birthday budak ni raya ke-13, shujin pulak raya ke-5

Selamat Hari Raya juga dari budak buas, hari-hari gigit abang
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Insya allah panjang umur lepas raya kita jumpa lagi.

Babai~

Daa

5 ulasan:

  1. Salam Aidilfitri abah ucapkan..

    BalasPadam
  2. RAI..kim salam kat orang kulai yer.

    SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI utk awak n family

    BalasPadam
  3. camne nak calling2..? aku balik JB esok ptg...

    BalasPadam
  4. selamat hari raya rai... maaf atas segala salah dan silap tini pd rai ye... kalau nk dtg rumah MIL tini, singgah je lah. Tak jauh dr rumah Bunga. Okies :)

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Raya Aidilfitri. :)

    Jom join giveaway dari Wanita2u pula. :)
    Hadiah mmg sangat menarik. Berbaloi-baloi join. Hehehe.
    http://portalwanita2u.blogspot.com/2011/09/wanita2u-2nd-giveaway.html

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^