Jumaat

kukis raya

Assalamualaikum

Sebenarnya ni first time aku dengan shujin buat kukis untuk hari raya. Aku kalau bab-bab buat kek boleh tahan lagi. Tapi bab nak buat kukis ni aku memang lemah sikit. Maklumlah. Prosesnya renyah sikit. Memandangkan tahun ni beraya kat Johor dan mak aku memang takde nak buat kukis mukis ni, so aku buat la untuk anak-anak makan. Cewah..

Aku buat kukis mudah je sebab shujin dah sound awal-awal. Dia tanak kukis cokelat (kegemaran aku dengan anak-anak) Cehhh.. Kedekott..So dengan separuh separuh rela, malam nuzul Al quran tu shujin mengepalai operasi kukis raya kami. Biskut checkers je.

Damia dah tidur. Jadi kuranglah sikit ancaman. Aqil sibuk jugak nak menolong. Sudahnya sibuk main kotak mixer. Haihss.

masa rajin saiznya yang belah kanan tu, bila dah jemu jadi mcm yang jari comel aku pegang

bila makin jemu, jadi macam macam bentuk. Maklumlah, tukang terapnya graphic designer
Bila siap dapat lah 2 telap. Satu telap biskut yang saiznya besar sikit tu. Kalau ikut resepi asal guna tepung gandum. Tapi aku baca kalau guna tepung red rose jadi lagi rangup. Aku cari tepung tu tak jumpa pulak. So aku guna tepung gandum tambah ngan tepung jagung. Jadi rapuh. Sedap la bagi aku yang first time buat ni kan. Hahaha..

Kononnya lepas ni nak tambah sejenis lagi. Tapi tatau la sempat sampai raya ke tidak. Satu telap dah tinggal separuh. Wakaka..

Nota kaki : Sian shujin..tanak kukis cokelat pun dapat cokelat jugak separuh. Hehehe..

Daa

19 ulasan:

  1. makcik, raya johor kat mana..? aku raya kat johor bahru... boleh arr aku dtg makan kukis ko... huhuhu...

    BalasPadam
  2. @misya, comel la misya.. macam tuan dia..hahaha..

    BalasPadam
  3. @Einaz Shah Rizal Thomas, saya pulak suka makan..buat tak sukaa... :P

    BalasPadam
  4. @Norhisham Nordin, mak aku dok kulai..kalau dari jb ko terus je sampai kat sengkang tu (lepas bandar kulai sikit) lepas tu masuk jalan baru tu..sampai jumpa kampung aku..felda inas.. kalau ikut jalan lama lalu la felda taib andak kampung si mawi tu.. huhu.. mai la rumah..tapi aku tak janji la kukis tu wujud lagi ke tidak.. hahaha..

    BalasPadam
  5. yg bentuk umah tu comel la,,nak tempah leh ker?hehehe

    BalasPadam
  6. wah3 ! biskut raya. cik pieQa tak start ape pOn lagi. adui2

    BalasPadam
  7. antara kuih pilihan syuk tuh hehe..kalau perisa coklat,lagilah syuk rembat banyak2 hehe

    BalasPadam
  8. Blog ni dah tersenarai dalam Lulu-Pages.. :)

    BalasPadam
  9. rajinnye buat kuih zai hehee...aku semua kuih tunjuk je huhu...

    BalasPadam
  10. wahh teruja dengan biskut raya huhuuu

    BalasPadam
  11. @✿ cik pieQa ✿ kuih raya tunjuk tunjuk banyak..sediakan je duitnya..hehehe...

    BalasPadam
  12. @Syuxer kan..tak paham org tak suka coklat ni..coklat la bes..hahaha..

    BalasPadam
  13. @Mas saje je mas..tu la satu jenis pun..huhu

    BalasPadam
  14. @Bro ahmad teruja jangan sampai batal pose..hehe..

    BalasPadam
  15. comel dan mesti sedap kukis nie....nak 1 boleh?

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^