Jumaat

Bahaya penyakit kencing manis

Assalamualaikum

Aku rasa kat Malaysia ni orang dah tak heran dah dengan sakit diabetes atau kencing manis ni. Mana nak heran. Dalam 10 orang, pat lima orang ada kencing manis. Orang yang ada kencing manis tu pulak, dah tak berapa nak heran. Kena kencing manis rasa macam kena demam je. Mana taknya, kalau orang nasihatkan suruh jaga makan masing-masing dah pandai menjawab "Bukan senang nak jaga makan" tak pun "Abis kalau itu tak boleh ini tak boleh, apa aku nak makan!"

Menurut pembacaan aku, kencing manis ni adalah ibu kepada penyakit-penyakit sindrom metabolisme seperti darah tinggi, lemah jantung dan sakit buah pinggang. Penyakit kencing manis boleh menyebabkan buta dan gangrene. Meh kita tengok betapa menakutkannya simptom dan kesan sakit kencing manis secara berperingkat.



(1) Darah menjadi pekat dan gelap - Kandungan glukos dan toksik yang tinggi di dalam darah menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama. Oleh itu darah akan menjadi gelap dan melekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

(2) Kerap dahaga dan kepanasan - Kepekatan glukos yang tinggi di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

(3) Sering letih dan mengantuk - Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak menerima bekalan oksigen yang mencukupi, pengidap penyakit kencing manis akan kerap berasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, terutama pada waktu petang.

(4) Lemah tenaga batin atau mati pucuk - Tanpa mengira jantina, penyakit kencing manis akan menyebabkan gangguan hormon dan akhirnya akan mengganggu kemahuan seksual seseorang

(5) Tompokan pada kulit, gatal dan kebas - Oleh kerana glukos tidak dapat diserap oleh sel, sel akan menjadi semakin berkurang dan glukos akan berkumpul dalam darah kerana tidak diserap masuk oleh sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.

(6) Sel kulit terutamanya kaki akan mula mati dan mengeras - Pengerasan darah menghalang bekalan oksigen ke sel-sel kulit menyebabkan kematian sel

(7) Gangrene bernanah pada jari kaki - Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai biasanya dah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...

(8) Jangkitan merebak - Jangkita gangrene yang semakin teruk akan menyebabkan kaki jadi busuk. Penyelesaian paling mudah adalah dengan memotong kaki pesakit. Namun, ia tidak akan menghentikan penyakit. Kalau potong masih bernanah, lepas tu potong lagi, nanah lagi, potong lagi..

(9) Penglihatan jadi kabur - Kapilari darah pada mata adalah sangat halus. Umumnya apabila pengaliran darah terjejas kapilari akan membengkak dan boleh pecah. Ia boleh menyebabkan katarak atau buta

(10) Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder - Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat kencing manis.

Hakikatnya, tiada sebarang ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kencing manis. Antara ubat yang selalu doktor prescribe untuk pesakit kencing manis.
 
Metformin - Ubat ini mengandungi Biguanid yang mengurangkan penghasilan glukosa dalam hati dan menjadikan tisu sensitif terhadap insulin.
Sulfonilurea - Ubat ini merangsang (read:paksa) pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin. Maksudnya pankreas kena OT. Kalau asyik OT je mau tak tension si pankreas tu. Kalau takat tension takpe. Kalau jammed?
Thiazolidinedion - Ubat ini meningkatkan sensitiviti insulin.
Alfa-glukosaidase - Ubat ini merencatkan penyerapan glukosa dalam usus kecil.
Suntikan Insulin - Menambah bekalan insulin dalam darah dengan harapan supaya lebih banyak glukosa akan dipaksa masuk ke dalam sel-sel melalui Laluan Glukosa yang masih berfungsi.

Ia hanyalah bertujuan untuk mengawal glukos dalam darah. Sakit diabetes adalah berpunca dari pemakanan dan cara hidup. Nak sembuhkan adalah dengan ubah pemakanan dan ubah cara hidup.

Bulan puasa memang satu platform yang baik untuk mengawal pemakanan dan mula membuat perubahan pada cara hidup yang lebih sihat. Kurangkan makan makanan yang mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Banyakkan makan makanan yang kaya dengan serat. Banyak makan buah, sayur. Amalkan supplement tambahan bagi mengurangkan gap keperluan nutrien harian. Secara tak langsung, kekurangan sesetengah nutrisi menyebabkan penyakit. So pastikan makan makanan yang seimbang.
 
Selamat berhujung minggu
 
Daa

12 ulasan:

  1. mmg ibu segala penyakit laa ni... kena banyakkan minum air masak...

    BalasPadam
  2. tu la..ngeri tengok rupa kaki org kena kencing manis..huhu..

    BalasPadam
  3. kalau ikutkan memang saya ni peminat minuman yang manis2.. pagi tengahari petang malam suka sangat minum neskepe susu.. huhuhuu

    bila baca entri Diabetes ni baru lak timbul keinsafan dan kesedaran.. syukurlah, bulan puasa ni dah start nak didik cara pemakanan yang baik.. nak minum banyak2 air masak..

    thanx ya share info ni.. semoga rai akan mendapat pahala kerana menginsafkan beberapa insan yang hobinya asyik2 makan dan minum je tanpa fikir risiko nya.. ehehe

    BalasPadam
  4. KENCING MANIS.. BAHAYA TU.. POHON DIJAUHKAN...

    BalasPadam
  5. gen2merah,
    makanan tinggi karbohidrat nak kena jaga jugak..tengok entry yg sebelum ni....

    manis2 saya suka teh ais..lagi2 kalau panas2..huuu...

    biasala..manusia..mmg suka makan..hihihi..

    BalasPadam
  6. fairus,
    doa doa jugak..jaga makan jugak.. bulan2 puasa ni kuih muih semua buat dari tepung..jgn makan banyak2..

    BalasPadam
  7. rai, baca ni terus takut sebab akak ketagih minum coke....takut kena kencing manis tapi tak leh berenti minum coke....

    BalasPadam
  8. coke ada kafein..mmg boleh ketagih.. hehe..bahaya minum coke sbb gula tinggi..lagi pun pewarna tinggii..kesian buah pinggang.. huhu...

    BalasPadam
  9. ish....number 2 & 3 tu aku selalu macam tu hehee.bdn mcm letih je,tp x de buat keje berat2 pun.......dgr2 coke x leh minum hehe..

    BalasPadam
  10. hehe..mas, cuba la buat glucose test..tapi kalau takat letih dengan haus tu biasanya banyak punca..tak semestinya kencing manis..

    kenapa tak boleh minum coke?

    BalasPadam
  11. entah..hehe..aku dgr2 coke boleh buat cuci toilet...ade dpt emel..tp x pasti kesahihannye hehe...

    BalasPadam
  12. oo..aku penah jugak dapat email tu.. apa kata ko cuba cuci toilet ngan coke sekali? hahaha.. aku rasa melekit je..tapi tatau la sbb tak pernah cuba..

    yg aku tau coke banyak gula boleh jadi kencing manis, minum coke banyak2 reput tulang sbb dia ganggu penyerapan kalsium..huhu..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^