Khamis

TRIVIA : Berapa umur pakcik ni? Tak aci google okeh. kena teka..


Assalamualaikum

Pakcik ni pada masa mudanya sangat miskin. Memang miskin gila sampai tidur kat bangku taman bunga. Lepas tu kena halau dengan pakcik guard. Tak silap aku dia beli sebuah restoren dengan harga 700 dollar.Tapi sekarang pakcik ni memang kaya gila-gila la. Billionaire ok. Bukan millionaire. Ladang kuda beratus ekar. Sayangnya isteri dia da meninggal sebab kanser.

Lepas kematian isteri dia pakcik ni buat satu pusat kajian tentang kanser. Advance gila aku tengok (tengok kat video je la..hehehe) Oleh sebab isteri dia mati sebab kanser, dia jadi seorang yang sangat-sangat kisah pasal kesihatan. Rutin pagi dia adalah minum smoothies yang daripada 15 jenis buah dan sayuran. Termasuk capsicum. Kata oprah winfrey rasanya not bad. Hehehe. Entah la. Tak sanggup aku bayangkan.

Pakcik ni sangat-sangat sihat. Pada usia dia ni, dia boleh buah tekan tubi (pumping eh panggilnya) sebanyak 50 kali tanpa henti. Korang boleh? Hahahaha.. Adess. Malu gila.. Ok sekarang korang teka umur dia...














Dapat teka? Berapa?





















Nama pakcik ni David Murdock. Umurnya dah 85 tahun. Aku rasa ayah aku yang belum masuk 70 pun tak larat dah nak buat tekan tubi tu. Pakcik ni kata dia akan hidup sampai umur 125 tahun. - Rancangan Oprah Winfrey

Kalau korang rasa-rasa cam teringin nak hidup lama boleh la amalkan dari sekarang, smoothies dari 15 jenis sayur dan buah buahan. Jangan lupa senaman. Tapi kalau bawak motor macam pelesit tak tentu jugak kan. Ajal maut di tangan tuhan. Kita cuma boleh berdoa.

Nota kaki : Tapi takpe..Medical check up semalam kata umur aku baru 18 sekarang. Beza lebih kurang 10 tahun dari umur sebenar. So kira aku pun muda lagi la. Huhuhu

Daa

6 ulasan:

  1. wah,aku pun tak larat nak buat tekan tubi...heheheh

    BalasPadam
  2. haha..sama la ngan aku..stamina tadakk!

    BalasPadam
  3. eh..xnak la aku hidup lama sangat.125 tahun lama tu.asal sempat tengok anak2 berdikari dan tengok cucu2 cukupla :-) lama sangat hidup kesian kat anak2..kalau sihat alhamdulillah..tak menyusahkan sesapa..boleh gitu?hehe

    BalasPadam
  4. tak kisah umur berapa pun..yang penting sihat..kalau umur baru 30-40 tahun dah sakit teruk pun tanak jugak..

    BalasPadam
  5. wah.. nk buat sekali pun semput..hehhehe

    BalasPadam
  6. hahaha..gila punya stamina org tua tu kan..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^