Jumaat

Rancanganku dihujung minggu..menjelang ramadan


Klik banner kalau nak join

Assalamualaikum

Memandangkan aku memang ada rancangan yang agak lain dari rutin biasa hujung minggu ni aku nak join segmen oleh Lulu yang cun ini.

Rancangan untuk hujung minggu ini.

Malam ni nak bersiap bertolak balik ke rumah mak aku kat Kulai sebelah kampung Mawi ler. Mawi tu classmate sepupu aku.tapi skang Mawi dah tak gleme kan. Hahaha..

Tapi macam biasa mesti kitorang tertido kat tah mana-mana nanti. Esok pagi nak melawat school mate husband aku. Petang esok pulak mak aku nak tengok kekdah masak dodol 5 minit dan jugak bihun goreng kukus. Kalau sempat boleh la aku tunjuk dengan mak cara nak buat serunding ikan yang pedas lemak tu (20 minit je).

Balik kali ni special sebab ayah dah tak sabar nak bagi cucu kesayangan dia yang kemaruk durian tu makan durian fresh dari ladang. Rambutan pun dah boleh ambik katanya. Banyak la ole-ole dari kampung kali ni. Untung orang duk kampung kan. Hehehe..

Lepas tu, of course aku akan dapat merasa sahur pertama dengan masakan dari air tangan mak. Macam-macam la aku order nanti. Aku dah ambik cuti untuk hari Isnin. So Isnin lepas sahur baru bertolak balik Shah Alam semula.

Tak lupa jugak aku nak mintak mak masakkan siap-siap lauk untuk berbuka hari pertama ni. Rindu masakan mak aku. Huhu.

Selamat menjalani ibadah puasa Cik Lulu

Nota kaki : Dok tengah pikir nak buat biskut raya apa ni.

Daa

6 ulasan:

  1. segmen lulu..salam ramadhan yea

    BalasPadam
  2. Singgah sini tau
    Datang dari segmen lulu.
    Jom terjah rakan yang lain
    SENARAI PESERTA SEGMEN LULU CALDINA

    BalasPadam
  3. wah, saya pun nak belajar la buat serunding ikan yang pedas lemak 20 minit tu.. ehehehe... mesti nyummi kan.. (",)

    salam singgah dari segmen cik Lulu... Salam ukhuwah moga ramadhan ini akan sentiasa membahagiakan kerohanian kita bersama..

    http://gen2merah.blogspot.com/2011/07/segmen-rancangan-ku-di-hujung.html

    Salam kunjung mengunjung
    ~Gen2Merah~

    BalasPadam
  4. salam singgah dari segmen cik Lulu... Salam perkenalan daripada Kancil. Moga ramadhan ini akan sentiasa membahagiakan diri kita...

    Kalau sudi singgahlah ke blog Kancil

    BalasPadam
  5. datang terbang2 sini dari segmen cik lulu ^^,

    BalasPadam
  6. singgah sini dr segmen cik lulu
    salam perkenalan..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^