Rabu

Yadaa~ Sila baca dengan nada mengada-ngada

Semalam aku sakit gigi. Takde la sakit sangat actually. Saja ngada-ngada carik alasan nak MC di samping jaga encik somi yang demam panas. Kesian pulak nak paksa dia hantar aku pegi kerja dalam keadaan macam tu. Aku memang bercita-cita besar nak jadi mem..sebab tu tak pernah ambik lesen.kehkeh...So since cuti aku da banyak habis tahun ni aku pun ambik MC je kebetulan je gigi aku rasa sengal-sengal sikit. Doktor tu buat scaling sebab katanya gusi aku bengkak. Yer je doktor tu. Siap suruh datang 2 minggu lagi untuk 2nd time scaling.

Tengok la kalau aku rajin..hehehehe..Aku still ngeri ngeri nak jumpa doktor gigi. Opsss..

Aku masih lagi dalam misi menambah berat badan anak-anak. Aku tengah mencuba protein powder+active 8 perisa oren untuk Atiqah. Aqil minum sikit-sikit je. Sekali suruh sekali minum. Dia lebih suka minum air kosong. Dari segi pemakanan, aku buat nasi beriani mudah. Sumbat segalanya dalam tu tett ngan pressure cooker. Selamatt..

Resepi beriani mudah aku
Bahan blender & tumis
Bawang besar sebiji
Bawang putih beberapa biji
Halia agak2 setengah inci
rempah beriani (tak ingat cap apa.dijual di pasaraya)

Bahan lain
Ayam perap dengan rempah beriani sekejap
beras basuh dan rendam
potato
carrot
susu
daun pandan
garam secukup rasa
minyak sapi & minyak masak utk menumis

cara-cara
mula-mula set pressure cooker mode stir fry. bila agak-agak da panas masuk minyak sapi & minyak. Masuk bahan-bahan tumis bila agak-agak minyak da panas. Tumis sampai agak kekuningan. Masuk garam & rempah beriani serbuk tu. Tumis sampai agak-agak naik bau. Kemudian, masuk ayam. Gaul seketika. Masuk beras, potato, carrot dan daun pandan. Masuk air secukupnya. Tutup periuk dan off stir fry. Buat mode high pressure untuk 7 minit. Bila da cukup 7 minit, gaul rata nasi dan masukkan susu. Gaul & tutup kembali. Kalau agak-agak kentang & carrot tak cukup lembut tekan mode steam untuk 2-3 minit. Taknak pun takpe. Tutup dan biar sekejap.

*Susu boleh masuk masa nak masak nasi atau bila nasi da masak.

So, alhamdulillah. anak-anak pun suka. Aqil yang suka carrot happy sebab carrot tu manis je rasanya. Adik suka kentang. Aku yang memasak pun mudah sbb tak gaduh nak masak lauk lagi. Hehehehe.. Dasar pemalass..

10 ulasan:

  1. anak 2 baka kecik tu...ckplah kat doktor tu...hehehe

    BalasPadam
  2. aritu hubby je pegi..dia tak tengok lagi maknya..kalau da tengok maknya nanti harap2 doktor pahamm..hehehehe...

    BalasPadam
  3. saya xpnh msk beriani seumur hidup sbb xde pressure cooker yg canggih tu. (alasan)hahaha

    BalasPadam
  4. hahaha..alasan tak boleh tahan sungguh..

    BalasPadam
  5. doktor gigi adalah doktor yang last org nak jumpa :-) kalau terdesak baru lah mencari doktor gigi

    BalasPadam
  6. betul tu irfa..walau pun dok iklan kata kena jumpa doktor gigi 6 bulan sekali..hahaha..

    ayah saya sakit gigi..punye la takut nak jumpa doktor gigi.. sampai dia da tak tahan sangat dia kata "kali ni mati pun mati lah" sampai camtu sekali..hahaha.. last nya pegi jumpa bukan sakit sangat pun..cuak je lebih..

    BalasPadam
  7. haha..senang kan? masak sekali terus. hehhe...pemalas mcm tini gak. hahaha...tini suka gak masak yg terus campur dgn sayur2 sekali dlm tu. hhe..

    Bak Kut Teh halal?

    BalasPadam
  8. saya sedang cuba bg appetton yg liquid.aufa mmg kecik je,adam makin mengutus.dua2 dah xlalu mkn..risau juga.

    BalasPadam
  9. tini,
    senang gila..sebab tu kitorg suka masak sayur campur ke tomyam ke.. cukup satu jenis lauk..tak payah nak gaduh masak banyak kali..fenatt.. ekceli malasss :P

    BalasPadam
  10. umi salsabila,
    kalau appeton doktor saya tu suggest kan bagi appeton tablet dengan lysine utk tambah selera makan. tapi nampak tak berapa berkesan utk aqil. adik tu sejak bagi protein powder nampak perubahan sikit kata hubby.. tengok la bulan depan timbang macam mana..harap2 naik la hendaknya..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^