Khamis

Bila mak bapak kaki game

Assalamualaikum

Aku mula berjinak-jinak dengan dunia game ni masa zaman aku study kat Jepun dulu. Zaman tu gila online game macam ragnarok online dengan gunbound. Mula-mula tu aku layan sikit-sikit je. Tapi da lama-lama agak addicted jugak la. Kalau weekend atau cuti panjang aku sanggup tak tidur sebab main game. Masa tu aku da kenal ngan goshujin sama. Tapi dia kat Malaysia. So kitorang di dating dalam game la. Hahaha.. Jimat kan :P


Kami dating dalam game je


Comel sampai bulih gian


Masa tu jugak aku menemukan member baik aku dengan husband dia. Betull.Diorang jumpa dalam game, sama-sama jatuh hati. Husband dia pulak member husband aku. Yang paling aku tak puas ati sekali, diorang kawen dulu dari kitorang!!


Lepas aku balik Malaysia pulak. Aku terjebak dengan game PS2. Sampai aku da kawen, masa tengah pregnant pun aku gila main game PS2. Balik kerja main game, weekend main game. Kitorang memang tak berapa suka jalan-jalan sebab taknak perabis duit duk main game je manjang. Sampai kadang-kadang PS2 tu tak OFF lebih dari 24jam. Akhirnya PS2 pun dah tak tahan dengan perangai kitorang ni. Sebelum Aqil lahir, dia mula buat perangai. Kitorg hantar untuk baiki. OK kejap.


Disgaea - Prinny sangat comel!!!


Basara - Character yg aku main ni namanya oichi. Adik perempuan Oda Nobuyuki.
Game ni dibina berdasarkan sejarah betul Jepun
Dalam game Basara. Ni bukan aku. Gamba culik kat Google ni

Antara game favourite aku yang aku still teringin nak main adalah Basara dan jugak Disgaea. Theme songnya pun sangat best dan syahdu. Selain dari tu aku main jugak game kanak-kanak seperti The Sims City, Digimon, Everybody Tennis. CD game je berkotak-kotak.

Tapi sekarang PS2 dah totally rosak. Hantar kedai pun kedai dah tak boleh baiki. Motherboard rosak. Aqil still mintak nak main game kalau dia nampak kotak PS2. Kesian..
Bukan tau apa..main tekan je :P

Gaya beria ria

Yang ni main XBox kat rumah bestfriend aku

Lepas PS2 rosak aritu kitorang main computer network punya game kat PC. Tak ingat namanya. Nanti ingat aku update. Tapi best jugak la. Lepas husband beli PS3 aku da tak main sebab dia sibuk main game Gundam. Tension tau sebab aku tak boleh nak join.

Daaa

10 ulasan:

  1. perghhh hantu game rupanya...:)

    BalasPadam
  2. Syuxer,
    hehehe..hantu berantu kalau jumpa game..

    BalasPadam
  3. Nasz,
    ni bukan takat kaki. tangan, kepala..semua game..aktiviti merapatkan silaturrahim :P

    BalasPadam
  4. aduhh rai. hang biaq betul? hehehe...tini xde masa nk main2 game tau. satu lagi, x reti nk main ps2 tu. game kawan2 ke, lumba2 kt pc pn x reti nk tekan mana. tgk bdk2 main tekan sana-sini, rasa jeles je. huhu

    BalasPadam
  5. nnti pendidikan tak terabai ke? janji pandai bagi masa..tapi masa kecik dulu pun bro hantu game hmm

    BalasPadam
  6. tini,
    betul..tapi saya sekarang da kurang sangat..tak berapa nak sempat.yg masih main husband dgn anak2 je..saya join diorg sesekali..

    sebenanya saya pon tak pandai gak..haha..

    BalasPadam
  7. bro ahmad,
    anak2 saya kecik2 lagi. actually main game mcm ps2 ni bantu diorg punya interaksi minda dgn tangan. selain dari tu boleh ajar problem solving.main game ni saya jadikan satu aktiviti keluarga..takde la all the time main game..hehehe..

    BalasPadam
  8. boleh kamceng ngan husband i..kaki gam gak..skrang dah menurun kat anak lelaki kami :-)

    BalasPadam
  9. takpe irfa, biar kaki game..jangan kaki pompuan..hehehe..ngeri ngeri..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^