Khamis

Tua yang bagaimana?

Gambar culik dari SINI

Zaman sekarang ni memang susah nak cari wanita yang jadi housewife. Walau pun kebanyakannya bukan suka sangat bekerja tapi sebab tuntutan ekonomi yang tak mengizinkan. Gaji RM3k pun belum tentu cukup untuk keperluan rumahtangga. Belum sampai hujung bulan dah terpaksa swipe credit card berkali-kali sebab tak cukup cash. Kemudian hutang credit card pulak bertambah. Sebab tu ramai yang dah mula ada kesedaran nak buat bisnes sambilan, bisnes online dan keja part time.

Kebanyakannya kerja hari ni untuk guna esok lusa. Berapa dah simpanan korang untuk hari tua? Terus terang aku kata, simpanan hari tua aku memang tak seberapa. Walau pun dah hampir 5 tahun kerja. So bila nak mula menyimpan? Entah la..Hehehe..Banyak sangat komitmennya. Orang kerja gomen mungkin lebih beruntung sebab boleh dapat duit pencen. Orang yang kerja swasta dengan gaji RM3k. Jumlah duit kwsp masa umur 55 tahun secara puratanya RM500k. Banyak kan...

Andaikan kalau kita akan hidup sampai umur 75 tahun. So lepas dapat keluar duit masa umur 55 tahun ada 20 tahun untuk spend duit RM500k. Maksudnya 240 bulan. Puratanya kita cuma boleh belanja sebanyak RM2083 sebulan. Lebih malang lagi, ikut kajian.. 60% daripada pesara berjaya menghabiskan wang kwsp mereka dalam masa 3 tahun pertama lepas bersara. So baki tu nak hidup macam mana? Takkan nak suruh anak kita sara..Diorang pun ada komitmen lain.. Kalau orang lain tak kisah. Aku kisah. Aku taknak anak-anak aku sara aku.

Sebab tu lah aku berusaha bersungguh-sungguh nak lari dari bergantung pada duit gaji semata-mata. Kalau sekarang aku kerja pun rasa susah. Nanti bila dah tak kerja tentu lebih susah. Aku sedang cuba berubah. Aku nak menukar cara pemikiran, cara berbelanja, cara hidup aku. Aku taknak miskin lepas pencen. Taknak menyusahkan anak-anak aku. Sebab tu aku tukar tempat berbelanja. Aku tukar jenama ubat gigi..aku tukar jenama berus gigi..semoga aku berjaya.

Ada sesiapa sanggup bertukar jenama? bertukar cara pemikiran? Bukan untuk kita..untuk wariskan pada anak-anak kita.

Tua yang bagaimana kita nak? Kita yang tentukan. What we choose today will determine what kind of life we have in future. Choose wisely.

8 ulasan:

  1. betul tu..tak naklah nanti dah tua anak2 kena sara kan..skrg ni mmg kena cari cara nak cari duit lebih

    BalasPadam
  2. ila,
    kita sebagai org tua taknak la menyusahkan anak-anak kan..takut nanti menantu tak berkenan ke apa ke..jadi pergaduhan pulak..kesian pulak tengok mak bapak yg kena hantar ke rumah org tua tu..

    BalasPadam
  3. sabar.....Kuat kan semangat..ye...Insy Allah....amin.

    anak awk kah tu...cute...kirm salam...kat dia ye... :)

    BalasPadam
  4. cayob - insya allah..dah jadi ibu ni mmg kena banyak sabar.. lagi2 kalau ada anak comel macam budak berdua tu..asyik nak "mengemasss" je kerjanya..nak marah comel sangat..hahaha..

    insya allah..nanti saya sampaikan salamnya..

    BalasPadam
  5. setuju sgt... tini pn stkt ni baru berdua, jd ada lah wang lebihan utk simpanan. biasa guna gaji hubby je. gaji tini utk saving.

    tp andakata dah ada anak nnt, saving mst akn berkurang klu hidup mcm ni jugak. suami suruh tini bljr menjahit. huhu..tp tini je x pergi2 kelasnya.

    BalasPadam
  6. bagus bertolak ansur macam tu tini..lg pun nanti dah ada anak macam2 perbelanjaan utk diorg pulak..

    saya pun duk buat kelas memasak. meh la join..hihi..tapi menjahit saya tak pandai..

    BalasPadam
  7. ala biasalah tu....apa lagi bila kita di dapur, dorang di ruang tamu...beeeee....hehe.tu lah pengorbanan ibu

    BalasPadam
  8. cayob, kalau kita di dapur diorg di dapur lagi hangin ibu dia nak masak..hahaha..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^