Isnin

Choot..choottt...

Sabtu baru ni aku ada bertemujanji dengan bekas cikgu bahasa jepun aku di KL Sentral. Oleh kerana aku memang tak pernah lagi bawak anak-anak naik keretapi, aku cadangkan dengan husband supaya park kereta di Asia Jaya dan kemudian ambil LRT ke KL sentral. Walau pun mulanya husband kurang bersetuju, tapi dia ikut jugak cadangan bernas aku. So dapatlah anak-anak naik train buat pertama kalinya.

Dalam perjalanan pergi kitorang duduk di belakang sekali. Aqil tersenyum riang, adik menjerit-jerit sambil bertepuk tangan. Sungguh comel!! Hahaha..Bila da sampai di KL sentral abang taknak turun pulakk dahh.. Lepas jumpa dengan bekas cikgu jepun aku tu kitorang bertolak balik naik train lagi sekali. Kali ni kami ambik kedudukan di depan sekali. Aku da setahun lebih tak naik train. Manakala husband pun da dekat 7 tahun tak naik train. Aku tetiba macam pening kepala sebab train bergoyang-goyang. Poyo jew..Hihi..Tapi anak-anak tetap excited. Menjerit dan bertepuk tangan dengan gembira.

Lepas ni nak bawak mereka naik bas pulak.

--------------------------
Netbook PERCUMA - ASUS Eee PC Netbook + modem worth RM1,259
Tidur lebih lena dengan ADT
Home Alarm System - email ourkizunastore@gmail.com for more info

2 ulasan:

  1. tini pun sejak kawen dh x pernah naik train. hehe

    BalasPadam
  2. seronok sebenarnya naik train.. kalau tak ramai org..kalau drive lenguh kaki nak tekan2 brek.. naik train rileks la sikit..

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^