Isnin

Alhamdulillah :D

Jualan masa bukak booth kat Bangi tu aku kira menggalakkan walaupun aku sampai lambat. Acara bermula pukul 9. Peniaga lain katanya sampai dari seawal pukul 8 lagi nak setup booth. Aku sampai pukul 10.30. Siap bawak bebudak berdua tu lagi..haha..tapi alhamdulillah puding cups semuanya habis dijual. Tak banyak pun aku bawak  masa tu. Sebab tujuan aku bukanlah semata-mata pasal untung. Aku nak memperkenalkan akan kesedapan puding  caramel aku tu kepada warga bangi :D. Alhamdulillah. Ramai yang teruja dan ada yang call aku semalam dan pagi tadi nak buat tempahan puding.

Walau pun meniaga ni penat. Tapi seronok bila orang suka dengan apa yang kita jual kan..Open day tu officially habis pukul 5 petang. Tapi aku takut kalau lambat sangat nanti jem kat Puchong. So aku pun wrap booth pukul  4.30 petang. Dapat ramai kenalan yang meniaga pada hari tu dan dapat ramai pelanggan yang sukakan puding aku. Insya allah kalau UniKL buat open day lagi aku join lagi.

Berminat dengan puding caramel OurkizunaStore? Emailkan pada ourkizunastore@gmail.com

7 ulasan:

  1. hehe..memang tengah berbisnes ni ila..cuma belum full time.kalau ada rezekinya insya allah boleh buat full time.sabaaa..

    BalasPadam
  2. wawww.. jd bisneswoman dh. congrats!! nk join venture bole? hehe..

    BalasPadam
  3. boleh2..nanti kita open table depan giant sama2..tak pun depan maybank tu..

    BalasPadam
  4. tp saya takde bakat memasak. memakan terer la.. hahahahaa.. nak sample free caramel puding bole?hahaha.. bankrapla org mniaga kalo dpt 10 org mcm ni kn? hehe

    BalasPadam
  5. haha..jgn risau yana..saya pun takde :P cuba jaya namanya.. boleh2..wiken ni saya ingat nak jalan2 tengok si kecil elisa. Kalau yana tak keberatan. nanti saya bawak sekali ole2 untuk ibunya..hehehe..

    BalasPadam
  6. alamak..wiken ni nak gi kg mertua lak kat rawang. sorry sgt2. tp nak gak jmpa aqil n atiqa. nanti2 kita jmpa kay? wiken dpn tak sure lg ada plan ke x. rumah pun dekat je. hehe

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^