Since aku baru je dapat payment untuk last year punya tax return aku pun ajak encik hubby bersopping sakan kat Jusco masa hari Jumaat tu. Setelah sekian lama aku menyekat nafsu sopping ku. Walau pun aku ni bukan kaki shopping, tapi sesekali tu nak jugak la pampered diri sendiri. So jumaat malam tu hubby ajak pegi Jusco Bukit Tinggi. Lambat sikit keluar sebab tetiba je hujan lebat. Tapi sebab semangat nak membuang duet tu membuak-buak aku pun redah je.
Sampai kat Jusco da agak lewat. Aku bukan shopping apa sangat. Aku da lama teringin nak makan Japanese food. Nak makan kat kedai banyak yang serve alco. So aku tak berani sangat nak pegi. So aku beli la beras Nishiki yang berharga RM27.50 untuk 2.5kg. My my.. kalau biasa memang aku terasa pembaziran ya amat. Bayangkan la dengan duit tu boleh beli 10kg beras cap rambutan. Siap berbalance lagi kan ..Hehehe.. Kemudian aku beli barang-barang nak buat saba shioyaki (mackerel bakar), zaru soba dan jugak tenpura. Ekceli hubby suruh ambik barang nak buat okonomiyaki sekali tapi banyak yang tak cukup. susah betul nak carik aonori dengan sos burudoggu tu. Maybe Jusco da tak jual sangat sebab tak mendapat sambutan kot kan ..
Habis bershopping bagai ingat nak makan dalam Jusco je. Tapi banyak kedai da tutup. So kitorang balik makan kat kedai dalam kawasan rumah je. Sabtu pulak aku buat onigiri untuk breakfast. Tengah hari pegi swimming kat Pusat Akuatik Shah Alam. Makan laksa utara di Seksyen 17 dan kemudian balik tu aku buat Tendon (Tenpura don) untuk dinner dan saba shioyaki. Aku cakap kat hubby minggu ni minggu Japanese. Tapi kendian aku nyesal sebab terasa malas nak memasak pulak.Haha..
Btw hari sabtu tu aku membeli belah barangan penjagaan muka. Aku da zaman berzaman tak cuci muka dengan proper. Apa lagi tepek2 losyen ke bedak kat muka aku ni. Kononnya tak sempat. Tapi sebenarnya malassss. So, memandangkan hubby da beberapa kali menegur akan kondisi kulit muka aku yang da nampak jeragat, black heads dan juga liang roma yang membesar disamping kedutan yang mula mengganas..Aku pun mengalah dan spend sikit untuk beli barangan kechantikan ituhh.. :P So aku da ambik gambar sebelum malam tadi. Lepas 2-3 minggu aku nak ambik gamba selepas pulak. Tunggguuuuu~
Rajinnya masak.. Korang yg study di jepun ni ada kelas memasak ka ha? Semua balik2 pandai masak masakan jepun ni.
BalasPadamGambat sebelum mana?:D
takde la rajin sangat ida..nak makan punya pasal.nak makan kat restoren ke bercinta la ngan budak kecik dua orang tu..buahss kemain..tak bole nak makan dibuatnya nanti..masak kat rumah ni bole la makan selesa sikit.. alaa..masak pun ikut resepi.. tak susah mana pun masak masakan jepun..tak sesusah masak masakan melayu..
BalasPadam