Rabu

Resepi saba no misoni

Assalamualaikum

Saba no misoni bermaksud ikan mackerel yang dimasak di dalam miso. Bahasa inggerisnya "blue mackerel simmered in miso". Tak pasti proses "simmered" tu nak terangkan macam mana. Hehehe..

Ni adalah antara kesukaan aku. Zaman belajar kat Jepun dulu pernah termakan. Kenapa termakan. Zaman tu agak jahil. Tak tau yang rupanya nak masaknya gunakan mirin dan sake. Gulp~!

So, balik Malaysia ni dah jumpa miso halal, boleh la cuba buat sendiri. Yakin halalan toyyiban.

Memasaknya agak mudah dan sihat. Sikit pun tak guna minyak. Ikan mackerel ni aku sangat suka kalau bakar dengan garam je. Shujin dengan anak-anak pun prefer bakar. Tapi sesekali, aku teringin nak makan aku buat jugak. Diorang makan sikit je. Bagus jugak. More for me~!!! hahaha


Resepi saba no misoni (Japanese mackerel simmered in miso)
Bahan-bahan
2 kepingan Ikan saba (japanese blue mackerel)
*2 sudu besar miso paste
*2 sudu besar gula
*100ml air
*1 inci halia dihiris nipis
1 sudu kecil shoyu


Cara membuatnya
Campurkan semua bahan bertanda * dalam satu periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Sebaik mendidih, masukkan ikan saba dengan bahagian kulit menghala ke atas. Goyang-goyangkan sedikit periuk bagi meratakannya.

Masak untuk 8-10 minit. Kemudian tutup dengan otoshibuta. Biarkan selama 1-2 minit. Kemudian matikan api dan hidangkan dengan taburan daun bawang

## otoshibuta adalah penutup yang biasanya dibuat daripada kayu untuk tutup terus atas masakan. Bukan pada periuk tau. Kalau tak ada, boleh buat gunakan penutup periuk yang lebih kecil saiznya dari diameter periuk. Atau pun gunakan aluminium foil yang dilubangkan ditengah. Tapi hati hati masa nak mengangkatnya nanti. Panass...

Rasanya manis sikit, lemak lemak. Kalau tak suka manis, boleh kurangkan gula kepada 1 1/2 sudu saja.

Lagi banyak tips dan resepi masakan Jepun, follow fanpage Frozen Takoyaki.

Selamat mencuba

Daa


4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my berkata... [Reply]

Kalau akak dekat rumah Rai..
Mahu jer mengetuk pintu rumah..
Mintak sikit hehehhe
Nampak sedap tu masakan jepun..

Kakzakie Purvit berkata... [Reply]

Kakak rasalah Rai dah boleh buka restoran jepun
Banyak resepi jepun yg Rai boleh buat.

Ujie Othman berkata... [Reply]

Rasa nk mintak skit..nak rasa. Kalau nk buat mmg tak tau bila..bhn nya pun x kenal. :)

Unknown berkata... [Reply]

@theIzuddin, thanks! bahannya macam miso tu kena hati hati masa beli. saya belum pernah jumpa miso halal di tesco. tapi boleh cuba check. make sure takde alkohol dalamnya.

Semua tulisan dan gambar dalam Ourkizuna adalah hak milik peribadi hasil nukilan pemilik blog melainkan diterangkan sebaliknya. Sila hormati hak orang lain sebagaimana orang lain menghormati hak anda.

Feel free to copy, but please do it with responsible. Sebarang maklumbalas atau pertanyaan, boleh tujukan kepada kesoma.rai@gmail.com