Khamis

Kekacang dah berbuah?!

Assalamualaikum

Pokok kekacang kesayangan dah mula berbuah. Actually sejak minggu lepas dah berbunga. Aku tak sempat nak ambik gambar. Pagi ni baru ada masa sikit nak membelek sebab aku cuti pagi. Tengok tengok dah ada kekacang berbulu itu keluar. Hahaha..

nampak tak bulu bulu tu.. hahaha
Benih kekacang ni actually adalah kacang soya dari Jepun. Mungkin ada yang tertanya. Apa la yang bersungguh sangat aku tanam kacang soya jepun. Kat Malaysia kan ada kacang soya. Bezanya ialah, kacang soya dari Jepun ni non-GMO (GMO - Genetically modified organism). Berbeza dengan kacang soya kita. Means that, ianya lebih baik untuk kesihatan. 

Tanah kat area rumah aku ni sebenarnya sangat tak subur. Penuh batu bata. Nak tanam pokok ni aku masukkan kompos yang aku buat dan tanah 3 dalam 1 beli kat nursery. Aku tak letak baja apa pun. Cuma siram dengan air basuh beras. Gemuk je nampak pokoknya. Jaganya pun mudah sangat. 

First batch ni nak buat benih untuk batch akan datang. Nak tanam dalam 20 pokok gitu ke. Baru sedap nak makan. Hehehe..

Pokok lain masih kecik-kecik lagi. Belum ada hasil. Tapi insya allah. Projek tanaman ni akan diteruskan demi menyahut seruan pak menteri kita. Hahahaha..

Daa


12 ulasan:

  1. cepat jugak berbuahnya..tak pernah makan kacang ni..

    BalasPadam
  2. Good sign Rai. Dah ada misi nak tanam banyak laaagi bagus. Puaslah makan soya jepun lepas ni.

    Kan kakak dah kata sekali kita mula bercucuk-tanam rasa sehari tak tengok pokok macam tak puas. Penuhkan semua area tanah yg ada Rai. Kakak ni rumah tanah secoet pun tak ada ruang yg kakak biarkan. Halia/kunyit/serai/pokok kari/pandan semua ni yg tak perlu penjagaan rapi tanam sebab mesti hidup punya.

    BalasPadam
  3. wah..tahniah..alhamdulillah..
    teruskan usahamu.. ^_^

    BalasPadam
  4. makcik!
    tunggu kitaorg datang kutip hasil yer...kikikiki..

    BalasPadam
  5. Salam ukhuwah,

    simpan benih edamame sikit utk sy juga, :D

    BalasPadam
  6. edamame sedapp..layan kunyah depan laptop (mase skolah dulu la)
    dah lame x jumpa edamame huhu..

    BalasPadam
  7. sama dengan mama kaori.. tunggu akak datang petik sesama.. hehehe..

    BalasPadam
  8. bagus, lpas ni boleh jd pekebun soya
    aku ni entah bila nak beli baja
    eh pasu pun xde gak ni

    BalasPadam
  9. @Coco Puff, salam.. maaf ye.. kami baru start tanam semula.. benih takde extra.. kalau nak beli, boleh check kat mylestaryseed. kalau nak beli dari saya, kena tunggu 3 bulan lagi lah..

    BalasPadam
  10. Rai benih soya je pun Tu Dah ade ke?? Saya nk beli ngan awk

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^