Khamis

Kedai game LEGO - By Aqil

Assalamualaikum

Aqil dah mula berkecimpung dalam bidang Lego ni sejak umur 2 tahun rasanya. Tapi start dengan block besar besar tu la. Mula mula memang frust dia nak sambung sambungkan satu satu block tu. Dengan kegigihan dia dan semangat dari shujin, dia dah makin tere. Lepas tu shujin belikan Lego set. Dia mula dengan belajar ikut template yang sedia ada. Lepas tu sikit demi sikit dia belajar mereka cipta sendiri. Macam kapal terbang, kereta, dan even shopping cart pun dia buat. Yang shujin tak puas hatinya, shopping cart dia lagi cantik dari shujin. Hahaha.. Lawan tokey!

Yang ini adalah salah satu hasil kreativiti Aqil. Kedai game. Hehehe..


Agak detail ciptaannya. Jujurnya, aku memang tak berapa pandai nak melego. Walau pun asalnya aku belajar kejuruteraan. Patut jadi kerani je!

Damia belum berapa pandai bab mereka cipta. Dia lebih pandai bab memecah belah. Hehehe.. Tapi dah mula tunjuk minat nak melego jugak la.. Takpe. Baru tiga tahun..

Yang bestnya pasal Lego adalah, dah tak payah beli mainan banyak banyak. Nak main anak patung, ada minifigure. Boleh bina rumah bagai. Nak main kapal terbang boleh buat kapal terbang. Nak main kereta, buat je kereta. Weekend aritu diorang main tembak tembak dengan pistol lego. Hahaha.. Jimat duit poket. Menyahut seruan kerajaan suruh berjimat.

Anak korang suka mainan apa..?

25 ulasan:

  1. hehe...rajin korang train dia..
    anak lelaki mmg cepat bab mereka cipta ni..

    kami kat rumah dah buang segala mainan..yang ada cuma buku utk conteng, kaler2 dan menulis..haha..

    BalasPadam
  2. perlu kesabaran nak buat lego ni..dah siap cantiklah...

    BalasPadam
  3. bagus kan mainan lego ni. boleh bagi kanak-kanak kreatif kan :)

    BalasPadam
  4. wah, mesti dia pandai jaga mainan dia kan...anak ema suka main bola jer..

    BalasPadam
  5. terer gile aqil..aqil o aqil auntie kalau buat ulu bulu terer la hakhak

    BalasPadam
  6. psstt: buatkan untuk acik satu ek.. ;)

    BalasPadam
  7. assalamualaikum,

    wah ..hebat aqil, berapa umuq dia
    anak kak ati, syahmi main gak lego
    tapi lego biasa2 je...

    lepas ni nk bg dia terer mcm aqil:)

    BalasPadam
  8. wsalam kak atie,
    aqil 5 tahun.. :D

    BalasPadam
  9. Tererlah Aqil... kalau anak kakak pun tak pandai dan tak rajin dulu Rai. Anak kakak suka anak patung dan novel...

    BalasPadam
  10. assalamualaikum rai...seronoknya Aqil main lego tu yer...kalau mcm tu boleh la dtg ke legoland yer pasti Aqil lagi suka nyer...:)

    BalasPadam
  11. dulu masa kecik pernah main pistol lego.. tp lego dlu x sama dgn lego skrang. skrang lebih smart dn bnyak variety of choice..

    BalasPadam
  12. wah..kagum saya. mmg kemas cantik! bkn semua boleh buat, kena tekun dan semangat tinggi.

    BalasPadam
  13. terbaiklah rai, mmg kreatif sungguh ler

    BalasPadam
  14. wow!!! kagum lieya tgk...bagus aqil...bakal arkitek terkemuka nieh...heheheh bagus mainan lego ni kan, boleh meningkatkan daya kreativiti anak....

    BalasPadam
  15. kagum aku dengan aqil ni nok...bukan semua budak boleh buat tau!!

    BalasPadam
  16. kretifnye....rietta sendiri pown mls nk melego...tpi bila tgk lego terasa nak melego juga....hehehe...

    psss...gadis blik cetak dah pening collect ketas....hehehe....

    BalasPadam
  17. Anak okje dah besar dah Rai.....dah tak main lego dah...yg kecik je suka main barbie doll

    BalasPadam
  18. Anak okje dah besar dah Rai.....dah tak main lego dah...yg kecik je suka main barbie doll

    BalasPadam
  19. Anak okje dah besar dah Rai.....dah tak main lego dah...yg kecik je suka main barbie doll

    BalasPadam
  20. danisha pun suke main lego...pastu suke mempomen....kalau beli Barbie..hurm kejap jelaaa...kepala dah cabotle...suke sgt mempomen =)

    BalasPadam
  21. Aydin suke ultraman. Hahahah....tak ley beli lego g bt ms ni. Tp mmg nak pupuk die dgn toys lego ni. Dulu, org tua sy pun belikan lego utk anak2 lelaki die...lego bt anak jdk lebih kreatif. Mmg betul pun...

    =D

    BalasPadam
  22. Bijak aqil main lego ni..dulu sya pndai uli tanah liat tu je..buat bentuk lesung batu..ngee..hehe

    BalasPadam
  23. cayalah aqil... aunty liya pun tak leh nk wat gini hehehe...

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^