Selasa

Peace yo~

Assalamualaikum

 

Nak ikutkan rasa hati aku nak MC je hari ni. Sejak semalam shujin pujuk pujuk aku suruh mintak MC sebab bila berjalan tu bawah perut rasa sakit-sakit. Mengenangkan kertas yang berlambak lambak mohon perhatian atas meja tu, aku redho je lah pergi kerja. Kalau aku MC hari ni, esok lusa aku jugak parah nak menyiapkannya. Lain la kalau doktor nak bagi MC seminggu terus. Cantet muka aku.. Hehehe..

Aqil grumpy

Damia sunshine

Gaya tidur bersepah

Bantal yang dikepit tu adalah bantal dari zaman aku belajar. Lebih kurang 10 tahun umurnya. Sebab tu bersepai je isi kandungan tu. Da jadi rebutan dia. Hish..

 

Makin dekat nak bersalin ni makin banyak craving aku. Malam tadi mimpi gulai ketam. Mana nak carik ketam besar besar cik adek oii.. (Kalau shujin dengar aku mimpi makan, mesti dia kata aku kuat makan..hahaha)

 

Daa

29 ulasan:

  1. kak rai dh dekat due ke?moga semuanya selamat ye

    BalasPadam
  2. assaalam rai..kalau nak makan kena cari rai..nanti lama berpantang

    BalasPadam
  3. masa ni la paling best sekali rai. mintak apa pun dapat. hehehe.

    jaga diri ye rai. rai ada FB tak? kc nak addd *kalau ada*

    BalasPadam
  4. wah2!!!!dlm tido pun boleh mimpi mkn,ye :) cer pegi jeram..inshaaAllah boleh mkn ketam besar kt sna:)k'imi pernah buat entry pasal tmpat ni dulu :)
    http://theqas.blogspot.com/2011/12/family-dinner-restoran-ikan-bakar.html

    BalasPadam
  5. wahhh dah dekat due tu. kena pegi cari ketam tu sebelum bersalin...hehehehe

    BalasPadam
  6. Dah tak lama lagi tambah satu lagi ahli. Paling best maternity leaves Rai, boleh rilex betul dari stress kerja.

    Kadang bila banyak jalan boleh sakit kat situ Rai.

    BalasPadam
  7. meh sini saya kasik MC sebulan...wakakakaka..

    BalasPadam
  8. moga berjumpa dengan gulai ketam tu...hati hati yea...

    BalasPadam
  9. comeinya anak2...

    ketam besar2 memang sedap. lelagi isi banyak.. erm.. org tak mengidam pun meleleh air liur.

    BalasPadam
  10. bekerja sehingga titisan terakhir... hahaha gitu gak le saya dolu2 Rai masa pegnen masih lagi bekerja selagi larat sampai ari nak bersalin tepon somi kat ofis suoh amik taim lunch anto g sepital sbb sakit datang every 1/2 hour sempat makan cendol, bubur pulut itam, asam pedas melaka ngan apam balik kendian dash ke hospital ... tingat2 balik mmg keje giler ..

    BalasPadam
  11. nanti balik shujin akan beli ketam lepas baca en3 ni..esok ko mimpi galaxy note pulak ye ;)

    BalasPadam
  12. jenuh nak mencari ketam kalau nak malam tuh jugak kan...haha

    BalasPadam
  13. bila due rai..... kak munna dulu masa nak dekat2 bersalin makan mmg tak ingat punya... nak yg sedap2 je...

    BalasPadam
  14. cepat2 carik ketam kak ... anak nak mkaan la tu hehe

    BalasPadam
  15. sy dulu pun ms prgnant kan alisha, selalu mimpi makanan tau.. hhehe...

    bila bgn tido je gtau hubby suh cari.. hihii

    BalasPadam
  16. kalaulah kita berjiran, dah saya masakkan gulai ketam untuk rai. tapi apakan daya, rai kena suruh jugak shujin carikan...sian nanti baby meleleh air liur tak dapat makan gulai ketam :)

    BalasPadam
  17. sungguh kpop rambut aqil..hehe...kesian plak dgr akak mengidam mcm2..kena carik gak ketam tu takut meleleh air liur baby nnt...

    BalasPadam
  18. wak pon sukak ketam jugakkk., ahHHKs

    BalasPadam
  19. Kalau cari ketam sendiri dan masak sendiri tanpa bantuan shujin, aci tak? Hehehehehe. Kalau akak dulu, nak makan yang tu yang org tu masak, tu jugaklah yg akak nak. Org lain masak ke, kedai lain ke, rupa lain ke, sumer takmo.

    BalasPadam
  20. X dpt cari ketam yg besar sama dlm mimpi tu xpe asalkan ada ketamnya aje.

    BalasPadam
  21. bila due date Rai?

    bunyinya mcm dah tak lama.

    BalasPadam
  22. ala, ketam kecik pun okay. janji ketam.

    BalasPadam
  23. he he KA pulak masa pregnant langsung x boleh makan ketam.. x tau kenapa !

    BalasPadam
  24. assalamualaikum rai...sedapnya kalau dpt makan gulai ketamkan...:)

    BalasPadam
  25. xpe pasni leh cuti 3bln terus kan hehe...

    BalasPadam
  26. mintalah apa saja masa ni, mesti semua dpt.tengah mlm pun dicarinya

    BalasPadam

Dah baca sila komen, kalau suka tolong share. Terima kasih daun keladi ^_^